mosumart-segala maklumat di sini
Ambil yang jernih buang yang keruh...
Jiwa Proxy
Tuesday, September 15, 2009
Acer Aspire Timeline 3810T (6415)
The Aspire Timeline 3810T is a inch-thin laptop produced by well-known laptop producer, Acer, has long-lasting laptops about 8 hours and above with starting prices well under a thousand dollars. It’s part of a rapidly growing trend in laptops that are smaller and cheaper than mainstream ones, but larger and pricier than netbooks.
For $899 (starting at $599), the 13.3-inch 3810T outshines most value-priced laptops with an extremely slim profile. You also get a big with speedy 500GB hard drive, and performance that’s more than good enough for everyday computing. If you can live without an optical drive, which might be a deal breaker for some, the Timeline 3810T is a great buy.
How thin the laptop?
With the lid closed, the Timeline 3810T’s matte gray, fingerprint-proof plastic lid is similar to the company’s business-oriented TravelMate series. In contrast to the $899 Aspire 3935, which, for the same price, sports a more attractive golden brown brushed-metal chassis, and an integrated optical drive. On the other hand, the 3810T is significantly lighter at 3.6 pounds (vs. 4.2 for the 3935) and marginally thinner (0.9 inches at its thinnest point vs. 1.0 inches).
This machine is no MSI X340, which weighs 2.9 pounds, but it’s still refreshingly light to carry. Overall, the matte gray-and-black color scheme is a bit conservative, but the keys’ finish and island–style layout keep it current.
You won’t find any multimedia controls, touch-sensitive or otherwise, on this laptop—just a strip of LED lights above the keyboard indicating Wi-Fi connectivity, BackUp Manager, battery power, and hard drive. A small button next to the touchpad deactivates it (a feature more commonly found on business laptops, which have both a touchpad and a trackball in the center of the keyboard).
How about keyboard and touchpad?
Cont..
Sunday, July 26, 2009
Saturday, April 4, 2009
TUTORIAL PHOTOSHOP : Menukar Gambar menjadi Lukisan
Step 1
Open Gambar yang hendak dijadikan lukisan...contoh gambar Sandra Dewi.jpg dari simpanan saya.Apabila gambar telah dibuka, Lihat layer gambar itu.Double click dan Rename kepada Gambar.then Create satu Layer (Ctrl + Shift + N)..Satu layer akan keluar di bahagian panel Layer (Jika Panel tersebut tiada, just tekan F7)...renamekan layer itu dengan LATAR_PUTIH(contoh je..boleh rename pepe yang anda suke)...step seterusnya drag Layer LATAR_PUTIH tadi ke bawah Layer Gambar. Warnakan Layer LAYAR_PUTIH tadi dengan warna putih.(gunakan tool Paint Bucket Tool @ Tekan G jek..)
Step 3
Klik pada Layer Gambar..Untuk hasil yang real, bentuk anatomi muke perlu di'select'..saya gunakan Magic Wand Tool ataupun tekan W. Then select bahagian yang tidak berkaitan dengan muka.dalam contoh ini saya select background yang berwarna hijau dibelakang muke sandra dewi ini.
Step 4
Untuk men'select' banyak bahagian di kiri dan kanan gambar ini press Shift dan teruskan men'select.
Setelah bahagian Background Gambar dah diselect menggunakan Wand Tool...delete bahagian yang diselect tadi.
hasilnya, seperti ini.
Step 5
okey, step seterusnya, kite nak buat gambar ni jadi hitam putih. Caranya adalah, dengan menekan Ctrl + U then drag penanda tu ke arah kiri. (takpon bolek pagi ke Image > Adjustment > Desaturate). Gambar akan menjadi hitam putih macam ni..
Step 6
seterusnya, Duplicate Layer Gambar yang telah dihitamputihkan (Sorry bahasa aduk..hehe) dengan Right Click atas Layer Gamber dan Click Duplicate Layer.
Dengan mengklik Layer Gambar copy. Invertkan gambar tu. Cara nak invert dengan press Ctrl + I..atau Image > Adjustment > Invert ..hasilnye macam ni..
Step 7
Then, pegi ke Layer Mode, Tukar kepada Color Dodge...hasilnye Gambar tadi akan menjadi putih..jangan bimbang..anda dapat tengok hasilnya sebentar lagi..
caranya,
Step 8
Step seterusnya adalah, untuk jadikan Lukisan pulak....gunakan Gausian Blur untuk blendkan kedua2 Layer tadi..pegi ke Filter > Blur > Gausian Blur.. akan keluar satu option macam nie..
anda boleh adjust penanda Radius tu sehingga memuaskan hati..dalam Tutorial ni saya gunakan Radius 30..
Step 9
Taraaaa...kan dah jadi Lukisan..sekarang kite boleh savekan..CTRL + Shift + S..tukarkan format kepada JPEG.
jika gambar yang anda hasilkan nampak macam tak berapa nak menjadi. Gunakan Burn Tool (O)...untuk hasilkan shadow macam ni..klik pada bahagian yang bershadow, sebagai contoh bahagian berwarna merah adalah kawasan shadow yang memerlukan di'touch-up' bagi menaikkan lagi kesan Lukisan kite..klik sesedap rase sehingga menepati citarasa anda..ahaks
Step 10
Huh..banyak gak kan teknik dier..tapi takper..koho2 belajor..hehe..so nila hasil yang kite buat tadi..taraaaa...selamat mencuba..
Wednesday, February 25, 2009
Kan Senang Kalau Mengalah...
Kengkadang bertengkar pasal kecik jek. Sampai tak bertegur sapa sampai 2, 3 hari. Tak ke berdosa tuh? Islam pon melarang kan?...
Teringat Hadith nabi: Yassiru wala tu’ssiru, wa bassiru wala tunaffiru....maksudnye: Permudahkan lah dan jagan menyulitkan, gembirakanlah dan jangan membuat orang lari (dengan perbuatan kita). Au kamaqol.
So, orang yang mengalah ni sebenarnye nak permudahkan sesuatu perkara @ masallah. Dan tak mahu menyulitkan lagi keadaan. Biarlah si dia menang dengan kemenangan ‘terbesar’ tu. (besar ker?)
Kenape agaknye golongan-golongan ni nak menang saje?..ayuh kita analisis satu2 kriteria nih...
1. Merasa lebih tahu
2. Merasa diri berhak
3. Merasa dirinye saja yang betul, orang lain salah....
Kita tahu bahwa dalam menyelesaikan suatu masalah, bila kedua belah pihak selalu mahu menang, tidak ada yang mau mengalah, so hasilnya pon begitulah jugak, bahkan selamanya masalah tu tak boleh diselesaikan. Padahal dengan mengalah dapat menetralisir segala pertikaian, masalah besar akan menjadi kecil dan masalah kecil akan dinihilkan, suasana tegang akan berubah menjadi tenang damai. Mengalah juga menunjukkan kelapangan dada seseorang, juga memperlihatkan pandangan orang itu tidak sama dengan orang-orang pada umumnya.Renung-renungkan.....
Kita sering berhadapan dengan perselisihan pendapat atau keinginan dengan seseorang berhubung perkara-perkara berkaitan interaksi sosial sebagai manusia di muka bumi Allah ni. Pertikaian dan perselisihan ni memang tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada kedua belah pihak. Apalagi jika kedua pihak saling menyalahi antara satu dangan yang lain dan wujudnya situasi dipanggil Pemaksaan Kehendak. Situasi seperti ni patut dielakkan kerana ia boleh mendatangkan sakit hati, iri hati dan sebagainya sifat2 mazmumah.
Jadi, apakah jalan keluar untuk ini?mahu bersebat lagi atau...mengalah?...
Jalan keluar yang masih rasional dan humanitif adalah melalui sikap “Mengalah (dalam pengertian yang benar) . ertinya, tidak memaksa kehendak atau keinginan diri sendiri, tetapi membiarkan diri mengikut kehendak orang lain. Apakah tujuannya? Ini adalah untuk melahirkan rasa rasional dan humanitif tadi di dalam diri kedua belah pihak lebih-lebih lagi yang berlagak menang tu. (Tu pun kalu terlahir...).akhirnya, satu-satu perkara tu dapat disetlekan dengan damai tanpa rasa sakit hati.
Mengalah kadang-kadang menyebabkan kita rase tidak selesa, kesian dengan diri, dan sebagainya sebenarnye membuahkan hasil yang sangat subjektif. Mengalah mengambarkan kematangan, dewasa, bijaksana, merendah diri, menepis egois dan penawar kepada sikap selalu ingin menang. Cuba kawan-kawan berfikir sejenak, membuka hati, bermonolog dalam nurani, Apakah rugi aku mengalah?...terus hasilnya perdamaian bukan...bestkah hidup dalam hati yang dalam keadaan tak best?...
Pernah dengar kata pepatah bijak “mengalah bukan berarti kalah”. Sifat mengalah dikatakan akan membawa berkah. Setidaknya, menghindari sesuatu hal yang tidak diinginkan. tetapi mengapa kita sukar untuk mengalah, ini disebabkan oleh faktor ego yang besar dalam diri manusia, yang selalu ingin menang dan juara. Banyak orang beranggapan mengalah dikategorikan kalah, sehingga menurunkan gengsi (prestij). Padahal secara spiritual, mengalah sifat yang sangat mulia.
Banyak mengalah dan tidak bertengkar, menunjukkan kebesaran jiwa seseorang. Forgivable, juga menunjukkan intelektual seseorang. Pada umumnya setelah masalah diselesaikan dengan baik, sang yang menang akan merasa menyesal atau menyalahkan diri sendiri. Jadi bila mana berlaku permasalahan, jika perlu rasa berundur setapak, buatlah. Dari bertahan sehingga hanya membuahkan kehancuran pada diri. Siapa yang rugi?tidakkah mereka dan keluarga mereka?...Ayuh, biasa-biasakan yang betul, dan perbetulkan yang biasa.renung-renungkan...
Pepatah jawa ada mengatakan "wani ngalah luhur wekasane" (Barangsiapa berani mengalah, maka pada akhirnya ia akan mendapatkan kebahagiaan dan kemuliaan).
Tuesday, October 7, 2008
Ciri-ciri calon isteri yang baik menurut Islam
Assalamualaikum wbt,
Isteri yang baik secara total akan mudah melahirkan rumahtangga bahagia tetapi sebaliknya isteri yang tidak memahami akan tanggungjawabnya sudah pasti akan melahirkan rumahtangga yang kucar-kacir.
Kita sedar dan faham rumahtangga yang bahagia lahir daripada isteri yang soleh, jiran yang baik dan kenderaan yang sempurna. Dan wanita adalah penentu buruk baik sesebuah masyarakat. Manakala masyarakat yang baik pula lahir daripada rumahtangga dan keluarga yang bahagia.
Wanita dengan sifat kehalusan yang dianugerah oleh Allah s.w.t. bersesuaian sekali sebagai pengasuh, pendidik anak-anak, pembimbing dan juga penghibur hati suami.
Daripada sifat semula jadi dengan kehalusan ini jika dididik dan diasuh serta dihalusi hatinya sejak awal-awal agar kematangan berfikir dan tingkah laku yang mulia sebagai persiapan seorang isteri yang soleh, sudah pasti berhasil.
Rumahtangga bahagia boleh diasaskan oleh isteri akhlakul karimah perlulah memenuhi tanggungjawab yang digariskan dalam tuntutan yang pembetukan rumahtangga yang bahagia. Tanggungjawab ini perlulah benar-benar difahami, dihayati dan dilaksanakan agar cita-cita untuk melahirkan rumahtangga bahagia terhasil.
1. Taat dan kasih kepada Allah dan Rasul
Ketaatan kepada Allah akan jelas dilihat dari segala perintah dan larangan yang telah ditetapkan dipatuhi dengan sesungguhnya. Perintah dan larangan ini tergambar dengan jelas sebagaimana yang dibawakan oleh Rasulullah s.w.a. Ketaatan yang tidak berbelah bagi dengan sendirinya kan melahirkan disanubari perasaan kasih kepadanya.
Firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 24 yang bermaksud. "Katakan: Kalau bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu, kekayaan yang kamu peroleh, perniagaan yang kamu khuatiri akan rugi dan tempat tinggal yang kamu sukai; kalau semua itu kamu cintai lebih dari Allah dan Rasulnya dan dari berjuang di jalan Allah, tunggulah sampai Allah mendatangkan perintah-Nya. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang fasik."
Jelas kepada kita bahawa ketaatan kepada Allah s.w.t. akan menelurkan kasih dan cinta yang tidak ternilai di sisi manusia. Ketaatan dan cinta kepada Allah ini bukanlah mudah diperolehi sekirannya persediaan kearah itu disambilewakan.
Pendidikan jiwa supaya beriman sesungguhnya kepada Allah dan Rasul-Nya, perlulah dididik sejak awal lagi. Didikan ini akan menjadi benteng dan memahami akan batas-batas yang dilarang dan dibolehkan dalam ugama. Keimanan yang kukuh, perbuatan yang soleh dan mengikut ketetapan yang ditentukan dengan sendirinya secara mudah akan dapat melawan hawa nafsu lahiriah dan bathiniah.
" Dan kalau kamu hitung nikmat Allah, niscaya tidak dapat kamu menghitungnya.," An-Nahl ayat 18. Daripada rasa kenikmatan yang diberikan oleh-Nya yang tidak terkira akan memahami betapa hamba sangat-sangat memerlukan kepada Khaliknya. Sifat ihsan dengan sendiri mengonkong diri insan; kerana sifat wanita biasanya tidak akan puas dengan panorama duniawi.
2. Akhlak mulia dan sempurna sebelum kecantikan
Kita fahami bahawa Allah tidak memandang paras rupa (kecantikan) sesaorang tetapi akhlak yang mulia menjadi nilaian yang kukuh disisiNya. Akhlak mulia dan sempurna menjadi pakaian yang kekal manakala kecantikan akan luntur dimakan atau dimamah usia. Tetapi kiranya kecantikan ini dapat diadunkan dengan akhlak yang mulia sudah tentu ia adalah pilihan utama setiap insan.
Untuk melahirkan wanita yang berakhlak baik perlulah dididik dan diasuh dengan nilai-nilai yang begitu rupa agar meninggikan lagi taraf kamanusian dan sekaligus membezakannya dengan sifat kehaiwanan.
Isteri yang berakhlak mulia dengan mudah dapat memahami akan bentuk-bentuk pakaian yang harus dikenakan pada tubuhnya dalam keadaan tertentu; dapat mengawal perkataan-perkataan yang maaruf ketika berbicara dan mengetahui akan batas-batas bergaul sesama rakan, suami, keluarga dan juga saudara-mara yang lainnya.
Di samping itu segala tindakannya mempunyai perbezaan dengan wanita yang tidak soleh. Ia tidak gemar membeli tanpa izin suaminya, apatah lagi penjualan dengan cara berhutang sepertimana kaedah sistem belian pati yang berluasa sekarang. Ia lebih mirip kepada kemaksiatan daripada yang maaruf.
Juga tidak bertindak menggunakan harta dan wang suami tanpa izinnya. Sekiranya tidak mencukupi maka ambillah secara yang maaruf sebagaimana yang dilakukan oleh isteri Abu Sufian; Rasulullah menasihatkan agar mengambil dengan maaruf dan yang berhajat sahaja. Isteri yang soleh juga akan mudah mengawal harta benda suami ketika ketiadaan-Nya
3. Mengambil berat kewajipan rumahtangga dan berusaha memperbaikinya.
Wanita yang telah dididik sejak awal-awal lagi dengan akhlak yang mulia secara matang mengetahui akan persediaan berumahtangga dan memahami kewajipannya memperbaikinya dari masa ke semasa dengan patuh dari tunjuk-ajar suaminya.
Sabda Rasulullah s.a.w. dari Ibnu Abbas r.a yang diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud, "Mahukah aku berikan kepadamu sebaik-baik benda yang disimpan? Iaitu ialah wanita yang soleh. Apabila suaminya melihat kepadanya, girang dia; apabila suaminya perintah akan dia, taatlah ia padanya dan apabila suaminya meninggalkannya, ia akan memelihara nama baik suaminya."
Dari hadith di atas jelaslah kepada kita ukuran seorang isteri yang baik. Ia mampu melayani suami sebaik mungkin dalam segala bidang; ketaatan yang tidak berbelah-bagi asalkan yang diredai Allah s.w.t dan boleh mengawal harta benda dan nama baik suaminya ketika ketiadaannya.
Ketaatan dan kepatuhan ini akan memudahkan penerimaan hidayah Allah s.w.t dan ketenangan hati suami dalam menjalani hidup berumahtangga. Dan sekaligus seolah-olah menjadi suatu simpanan yang sangat berharga bagi seorang lelaki berumahtangga apabila memiliki isteri yang baik budi pekerti atau perangainya dan mampu mengendalikan rumahtangga dengan baik.
Walaupun di dalam Islam tanggungjawab di dalam rumahtangga seperti menjaga anak-anak dan memasak serta lain-lain tidak diwajibkan sepenuhnya kepada isteri tetapi isteri yang soleh merasakan tanggungjawab ini biarlah ia yang menanggungnya. Kerana ia tidak mahu tangan orang lain mendodoikan anaknya ketika hendah tidur; tidak mahu tangan lain memasakkan makanan suaminya atau sebagainya dan memahami tugasnya adalah melayani suaminya semata-mata.
Isteri yang soleh sungguh cekap dan teratur melayani suaminya menjaga dan mendidik anak-anak, menyediakan makan minum keluarga, mengemas tempat tinggal dengan rapi dan lainya. Sedaya upaya berusaha memperbaiki kewajipan yang telah diamanahkan oleh suaminya.
Isteri yang begini akan melahirkan rumahtangga yang tenteram, riang gembira dan menjadi rumahtangga contoh dalam masyarakat. Begitulah yang dikehendaki dalam Islam.
4. Malu dan taat
Sifat malu sememangnya lumrah bagi seorang wanita. Malu seorang isteri adalah hormat dan taat yang sebenarnya kepada suaminya, selagi suaminya taat kepada Allah dan Rasul-Nya.
Isteri akan diam semasa suami bercakap, membenarkan kata-katanya dan menghormati segala pesanannya. Bermuzakarah boleh juga diadakan tetapi ia perlu dikawal oleh akal kerana wanita itu berakal pendek walaupun mempunyai rambut yang panjang. Perbincangan yang mengikut nafsu syaitan dan sikap memberontak, menangi dan menghentak-hentak kaki yang akhirnya akan memporak-perandakan rumahtangga.
Hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Termizi dan Ibnu Majah mengatakan. "Ketahuilah dan hendaklah kamu berpesan-pesan kepada kaum wanita dengan baik-baik, kerana sesungguhnya mereka itu tawanan bagi kamu, tidak ada kekuasaan sedikitpun bagimu daripada mereka itu selain yang demikian itu, kecuali jika mereka itu mendatangi/mengerjakan sesuatu kedurhakaan yang nyata. Maka jika mereka berlaku curang, berbuat durhaka, hendaklah kamu tinggalkan tempat tidurnya dan berilah pukulan yang tidak menyakitkan. Kemudian bila mereka taat dan patuh kepadamu, janganlah kamu cari jalan yang bukan-bukan untuk berbuat tidak senonoh kepada mereka. Ketahuilah, sesungguhnya bagi kamu ada suatu kewajipan atas isteri-isterimu, dan isteri-isterimu ada kewajipan ke atas kamu pula. Adapun kewajipanmu (suami) atas isteri-isterimu ialah bahawa mereka itu janganlah menginjakkan tempat tidurmu dengan orang yang tidak kamu sukai, dan mereka janganlah memperkenankan orang-orang yang kamu tidak sukai masuk ke rumahmu; dan kewajipan mereka (isteri) atas kamu ialah bahawa kamu hendaklah berbuat baik atas mereka itu dalam urusan pakaian dan makanan mereka."
Dengan ini jelas membuktikan bahawa sifat malu dan taat kepada suami masing-masing adalah perkara penting di dalam pergaulan berumahtangga. Ia perlu dijaga, diawasi dan dikawal agar jangan sampai berlaku yang tidak sesuai denga kewanitaannya dan dilarang oleh agama.
Jadi perlulah isteri itu sedaya upaya mentaati dan meghormati suaminya kerana taat kepada suami bermakna taat kepda Allah s.w.t jua; dan murka suami bererti murkalah Allah kepadanya.
5. Mulia dan hormati ahli suami dan kerabatnya
Bermula selepas ijab & qabul, tugas dan tanggungjawab ibu bapa selama ini berpindah secara automatik ke bahu suami sepenuhnya. Dan sebagai seorang isteri, suamilah tempat ia bergantung kasih sayang.
Oleh itu tidak syak lagi seorang isteri itu menghormati akan ahli-ahli (adik-beradik) suami, saudara-mara dan kerabatnya mengikut batas yang tertentu. Dan perhubungan dan pertaliannya mempunyai had dan batas yang dibolehkan di dalam Islam.
Kedatangan mereka terutama ibu bapanya perlulah disanjung dan hubungan ini perlu dititik-beratkan. Ada di kalangan keluarga Islam, perhubungan antara suami dan ibu bapanya renggang disebabkan oleh sikap isteri yang tidak menyenangkan orang tua suami.
Kadangkala isteri itu meminta barang-barang keperluan yang tidak dimampui oleh sisuami hingga membabitkan keluarganya akan juga menjadi punca perpecahan antara suami isteri dan kaum keluarganya. Memuliakan dan menghormati suami dan kaum kerabatnya merupakan satu tanggungjawab isteri yang baik.
Wassalam
CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH
untuk menerima gelar solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga
yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat saja yaitu:
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami
Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut:
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-
galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada
bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan
taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga
2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di
rumah.
- Tidak cemberut di hadapan suami.
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami.
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan fisik & kecantikannya serta
rumah tangga
FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA
---------------------------------------
Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah datang dari
faktor dalam. Bukanlah faktor luar atau yang berbentuk material
sebagaimana yang digembar-gemborkan oleh para pejuang hak-hak palsu
wanita.
Faktor-faktor tersebut ialah:
1) Lupa mengingat Allah
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara
anak-anak, maka tidak heran jika banyak wanita yang tidak menyadari
bahwa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian
ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri
mereka, di mana syetan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan
peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: artinya:
" Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya
sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya.
Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan
tutupan atas penglihatannya."
Sabda Rasulullah s.a.w.: artinya:
"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa
cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi
termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.
2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke
perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syetan dengan mudah
memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama
bergelimang dengan dosa dan noda.
Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana
kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: artinya:
" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan
kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-
orang yang bertakwa, oleh karena itu tidakkah kamu berfikir."
3) Mudah terpedaya dengan syahwat
4) Lemah iman
5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.
Ad-dunya mata' , khoirul mata' al mar'atus sholich
Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang baik adalah Wanita
sholihah.